Sunday 31 July 2011

When Ariff play football with Atok

Semalam pagi, seawal 8 pagi Ariff dah ajak Atok utk main bola. Seronok betul dia bila Atok dia nak main bola sekali dgn dia.....

Atok main football pakai kain pelikat jer!!

Macam-macam aksi yang dia buat.....



Tingginyer sepak....terkoyak seluar baru tau!!!!
Bila dah penat...minum air bergelen-gelen, lepas tu  tolong (mengacau) atok buat gardening...
Lepas makan tengahari terus pengsan (tidur) sampai petang....JANJI ARIFF HAPPY

My sister's birthday

Hari jumaat lepas saya buat 'simple celebration' utk hari jadi adik bongsu saya Zulaika Zulkafli...


Saya dan emak buat semua makanan kegemaran dia.... Mak buatkan Laksa Penang, abah belikan Satay Haji Samuri dan saya just belikan birthday kek je.

Mocha Almond.....nyum..nyum

Ika cukup happy dgn 'suprise birthday celebration' yang kami buat...


Lastly....it's time for present, only simple present.... I hope she like it.

It's Harry Potter and the Deathly Hallows

Sunday 24 July 2011

Ariff meet Upin & Ipin

Upin

Ariff memang 'Big Fan of Upin & Ipin' so hari ni dia paksa gak nak pergi tgk Upin & Ipin kat Pesta Buku NS di Jusco Seremban 2. Semalam dia kena selsema, so ayah Ariff ckp tak yah  la pergi tgk takut selsema dia makin teruk. Disebabkan semangat nak pergi, dia sanggup makan ubat selsema yang selama hari ni dia ckp tak sedap.


Seawal pukul 1.30ptg kami dah sampai di Jusco....show Upin & Ipin start pukul 4.30ptg, jadi kami pergi makan tengahari dan jalan2 di sekitar Jusco...dari lepas mkn Ariff asyik membebel jer takut lambat la...nanti dah habis la dan macam2 lagi la....


Bila dah mula show, Ariff tak berganjak langsung dari depan stage tu....siap berjoget 'Chicken Dance' dengan Upin & Ipin.

Tgkla gelagat Ariff
Tak per la janji Ariff happy...
Disamping itu ibu dapat gak jumpa member2 masa ibu kerja di Library N.Sembilan dulu.

member2 di PPANS
Sekarang dah balik rumah dan penat betul hari ni....... NICE TO MEET UPIN & IPIN.

Tuesday 19 July 2011

Jalan-jalan cari makan....

Semalam saya dgn Pn Hasliza pergi menikmati hidangan cina muslim dekat salah sebuah restoren cina muslim kat bandar Seremban ni. makanan disitu mmg sedap2. Di antara  hidangan  yg kami order

Shark fin tauhu
Siakap tiga rasa
sayur kailan special
Nyum...nyum..nyum mmg sedap sgt, saya dgn Ariff mkn sampai tegak. Liza pun sama gak.
Jom makan...
Nampak gayanyer entry kali ni pendek jer....tak der idea nak tulis lagi.

Thursday 14 July 2011

Buah hati kesayangan Ayah & Ibu

Hari ni saya nak bercerita tentang anak kesayangan saya, Ariff Zulqarnain...

Ariff dilahirkan pada 6 Jun 2005, di Hospital Pulau Pinang. Sejak lahir hingga la dia berumur setahun, dia tak banyak kerenah.... cukup senang nak menjaga dia. Cuma satu jer dia susah nak makan, kadang2 sampai kena paksa baru nak makan...itu sikit jer. Dia cuma bergantung dgn susu ibu jer sbb tu badan dia kurus kering.

Ariff berusia 4 bln



setahun


2 tahun


3 tahun


4 tahun

Lihat la betapa kurusnyer Ariff masa ni....tapi selepas dia umur 4 tahun dia dah mula nak makan. Pada masa tu pulak kami sekeluarga tinggal di Jepun dan kat sana tengah musim sejuk jadi dia asyik lapar jer nak makan. Masa Ariff 5 tahun berat badan dia dah bertambah....dan Ariff tak la kurus lg macam dulu.


5 tahun

Sekarang Ariff dah cukup berbeza dari Ariff yg dulu, sekarang berat badan dia telah hampir 30kg. Ayah Ariff ckp badan Ariff sekarang dah macam maskot tayar michelin (kesian dia). Yang pasti kalau tidur peluk dia dah mcm peluk bantal peluk yg gebu.


6 tahun

Sekarang ibu & ayah telah berjaya membesarkan  Ariff dari budak yang susah nak makan kepada anak ibu yg sangat cubby....

beza mmg berbeza
Tak kisah la apa2 pun....yang pasti ayah dan ibu amat menyayangi Ariff sepenuh hati kami........

Friday 8 July 2011

My first entry...

This is my first time....tak tau nak tulis aper.
Tadi mula dah bersemangat nak tulis blog, tiba2 ariff pulak buat hal (hidung berdarah)....haish cuak giler sekejap n sekarang dia dah tido, baru la lega hati ni. Sayang Anak Ibu!!!!