Thursday 14 July 2011

Buah hati kesayangan Ayah & Ibu

Hari ni saya nak bercerita tentang anak kesayangan saya, Ariff Zulqarnain...

Ariff dilahirkan pada 6 Jun 2005, di Hospital Pulau Pinang. Sejak lahir hingga la dia berumur setahun, dia tak banyak kerenah.... cukup senang nak menjaga dia. Cuma satu jer dia susah nak makan, kadang2 sampai kena paksa baru nak makan...itu sikit jer. Dia cuma bergantung dgn susu ibu jer sbb tu badan dia kurus kering.

Ariff berusia 4 bln



setahun


2 tahun


3 tahun


4 tahun

Lihat la betapa kurusnyer Ariff masa ni....tapi selepas dia umur 4 tahun dia dah mula nak makan. Pada masa tu pulak kami sekeluarga tinggal di Jepun dan kat sana tengah musim sejuk jadi dia asyik lapar jer nak makan. Masa Ariff 5 tahun berat badan dia dah bertambah....dan Ariff tak la kurus lg macam dulu.


5 tahun

Sekarang Ariff dah cukup berbeza dari Ariff yg dulu, sekarang berat badan dia telah hampir 30kg. Ayah Ariff ckp badan Ariff sekarang dah macam maskot tayar michelin (kesian dia). Yang pasti kalau tidur peluk dia dah mcm peluk bantal peluk yg gebu.


6 tahun

Sekarang ibu & ayah telah berjaya membesarkan  Ariff dari budak yang susah nak makan kepada anak ibu yg sangat cubby....

beza mmg berbeza
Tak kisah la apa2 pun....yang pasti ayah dan ibu amat menyayangi Ariff sepenuh hati kami........

1 comment: